Cerita Sebenar Di Sebalik Projek Ternakan Babi Di Selangor

April 10, 2008 at 1:14 am 6 comments

Petikan dr blog
http://www.marhaen.org/v1/mar_a_anak_bapa26.html

Terkejut beruk betul saya apabila mengikuti rancangan ulasan akhbar daripada TV1 RTM awal pagi tadi mengenai Projek Ternakan Babi di Selangor yang kononnya akan dilaksanakan tidak lama lagi. Pengulas berita dengan penuh aksi dan gaya telah memetik kenyataan EXCO PAS, Dr. Halimah Ali dengan menuduh yang bukan-bukan kepada PAS kerana menyokong projek berkenaan. PAS dianggap telah lupa perjuangan dan sanggup menjual agama kerana kepentingan politik. Malah pengulas “kuda kayu” ini tidak segan silu menasihatkan PAS bahawa daging babi adalah haram dimakan bersandarkan ayat-ayat Al-Qur’an dan juga petikan kitab Injil. Selanjutnya beliau menfitnah PAS dengan menyatakan bahawa dengan projek ini kelak PAS akan membenarkan pula jualan daging babi di tepi-tepi jalan.

Apa punya kepala hotak mentaliti orang-orang RTM ini pun saya tak faham. Kita ingatkan apabila dah kalah pilihanraya dan dapat Menteri baru mereka akan berubah dan akan menjalankan tugas dengan lebih profesional. Tetapi harapan hanya tinggal harapan. Kalau dah UMNO tu tetap UMNO, dulu, kini dan selamanya. Perangai haprak mereka nampaknya tak kunjung reda sehingga rakyat usung mereka ramai-ramai dan buang ke dalam laut.

Berbalik kepada cerita ternakan babi tadi. Apa yang RTM sibuk sangat tentang ternakan babi? Bukankah selama ini pun terdapat ribuan babi di mana-mana di Malaysia. Lupakah mereka kepada isu babi di Negeri Sembilan dan Melaka dahulu yang bukan setakat melibatkan kaum Cina tetapi juga pimpinan UMNO di dalam mengaut keuntungan. Dan jangat kita lupa bagaimana pimpinan BN menyalahguna duit derma mangsa-mangsa penyakit bawaan babi (JE) untuk kepentingan mereka.

Perlu diingat bahawa negara kita terdiri daripada berbilang kaum dan agama, dan ada di kalangan rakyat yang makan daging babi. Justeru itu binatang ini perlu dipelihara bagi mendapatkan dagingnya. Ketika RTM asyik menghentam keromo PAS, perlu diingat bahawa ternakan babi terus berjalan tanpa ada usaha konkrit untuk mengawalnya daripada mencemar alam sekitar. Kita berterusan menghadapi pencemaran air yang akhirnya membawa bencana kepada umat Islam sendiri.

Saya kebetulan tahu benar tentang projek yang dimaksudkan oleh YB Teresa Kok dan YAB Menteri Besar Selangor. Ini kerana projek ini ditawarkan oleh syarikat kawan baik saya beberapa bulan yang lepas. Untuk makluman RTM, projek ini diluluskan oleh kerajaan Khir Toyo 2 minggu sebelum pembubaran parlimen. Walaupun saya orang kuat PAS, saya menyetujui projek yang dicadangkan oleh rakan saya ini kerana selepas menelitinya secara terperinci, saya dapati ia amat berguna di dalam menyelesaikan kemelut yang dihadapi oleh umat Islam yakni isu pencemaran air. Projek berteknologikan Jerman ini adalah satu sistem ternakan babi moden dan tertutup (closed system). Ini bermakna babi akan dipelihara di dalam tempat tertutup (lengkap dengan pendingin hawa) dan segala najis yang tercerna akan dikitar untuk pengeluaran gas (methane). Malah darah babi apabila disembelih pun akan menjadi sebahagian daripada kitaran ini. Lantas tidak akan wujud lagi sebarang pencemaran (zero-pollution) akibat ternakan babi selepas ini. Pihak Jabatan Haiwan dan juga pegawai-pegawai kerajaan lain telah membuat kajian mendalam mengenai kesesuaian projek ini termasuk membuat lawatan ke Jerman untuk melihat sendiri bagaimana keberkesanannya. Mereka begitu kagum dengan apa yang mereka lihat dan bersetuju melaksanakannya di Selangor, dan jika berjaya akan dikembangkan pula ke seluruh negara.

Seperkara lagi perlu disebutkan bahawa usaha ini adalah di bawah pembiayaan swasta. Kerajaan negeri hanya menyediakan tapak projek. Orang-orang bukan Islam perlukan daging babi sementara kita perlukan air yang bersih dan persekitaran yang nyaman. Bukankah projek ini satu kompromi yang amat hebat untuk rakyat negara ini?

Anak Bapa: RTM (Rupa Tak Malu) tak peduli itu semua kerana yang penting bagi mereka ialah melepaskan geram pada Pakatan Rakyat. Cerita benar atau palsu bukan ukuran penting bagi mereka. Kalau babi tu kita boleh maafkan sebab mereka dijadikan Allah tanpa akal, tetapi yang manusia kat RTM ini diberi akal tetapi masih tak mahu menggunakannya! Cuba anda fikir, mana lebih teruk?

Advertisements

Entry filed under: politics.

Can you tell? She so sweet…

6 Comments Add your own

  • 1. AzamHassan  |  April 11, 2008 at 3:09 am

    wlaupun sy ni idak la sbahgian drpd pakatan pembangkang..apa lg dduk d slangor..tp sy stuju gak projek ni agak baik utk dteruskn..

    cuma perlu monitor dr smasa ke smasa la..n jgn ada rasuah sudahlah..kesian sungai tu..huhu..

    Reply
  • 2. acidsneaker  |  April 11, 2008 at 3:30 am

    Masalahnya pihak media kat m’sia ni sikit pun tk selidik dulu tujuan sebenar projek ni. Menjadikan isu ni mcm kerajaan Selangor buat benda tk elok. Selama ni kandang babi byk je kat m’sia. Better diuruskan dengan baik. Apa yg org ramai risau kn ialah pencemaran air sungai dan bau kalo menternak babi. Tapi kalo ade usaha untuk menguruskannya dengan lebih baik kenapa perlu ditolak? Media m’sia ni saja je nk mengeruhkan keadaan hnye utk kepentingan politik.

    Reply
  • 3. AzamHassan  |  April 11, 2008 at 9:45 pm

    media kita mmg mcm tu..bukn rakyat xleh fkir..ntahapahapa..smoga projek kandang tu berkesan selaras dgn harganya~

    Reply
  • 4. zackrulz  |  May 20, 2008 at 6:10 am

    isu babi lagi.. no komen la.. yang aku tau aku nak dijauhkan dari binatang tuh..

    Reply
  • 5. LaiNi  |  June 12, 2008 at 1:55 am

    UMNO.. Dulu, Kini dan Selamanya.. aku dulu penah keja ngan UMNO 2 tahun.. mmg teruk gila! aku keja UMNO kampung² pun dah nampak keburukan apatah lagi kalau keja ngan org² besar. Semuanya politik! semua jabatan kerajaan sudah dimasuki politik. Polis.. tentera.. Sekolah… Semuanya dipengaruhi politik. Ternakan babi ni sebenarnya bukan isu besar jika tidak dicampuradukkan dengan politik.

    Reply
  • 6. Infinitesimally  |  June 19, 2008 at 12:27 am

    Somehow i missed the point. Probably lost in translation 🙂 Anyway … nice blog to visit.

    cheers, Infinitesimally.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


April 2008
M T W T F S S
« Mar   May »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

RSS Harian Metro

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Berita Harian

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Programming Articles

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

Recent Posts

Blog Stats

  • 5,329 hits

%d bloggers like this: