Lampu Tinggi!! What is your problem?

January 15, 2008 at 12:34 am 3 comments

Tension la aku kalo orang pasang lampu tinggi ni. Pagi tadi aku balik dari Banting ke Kota Damansara. Ade plak kereta yang pasang lampu tinggi duk belakang aku. “What the hell… What is your problem?. Giler ape. Tk sedar ke ko pasang lampu tinggi, ko buat orang lain silau tau tk.” Aku rasa panas plak time tu. So aku pun slow kn la kereta. Biar dia potong. Pastu biler dia potong, aku terus ekor belakang dia. Masa untuk pembalasan. Aku plak pasang lampu tinggi duk belakang dia. Skang ape dia rasa. Aku perasan dia dh mula nk lari. Kekiri, kekanan, kekiri lagi pastu kekanan lagi. Aku mmg tkkn lepaskan mamat ni. Kurang ajar btul bawak keter pasang lampu tinggi. Mmg dia bawak laju gak la. Walaupun aku bwk kenari cc1.0 je dan dia plak pki proton iswara 1.3, tapi mungkin dia takut nk speeding so mmg lama la aku melekat la kat belakang dia. Baru dia tau ape rasanya kalo orang belakang pasang lampu tinggi.
Aku bukan la gengster jalanan ataupun nk tunjuk aku ni pemandu yang bagus ke atau nk kata aku ni baik. Tapi sepatutnya pemandu lebih menghormati pemandu lain bila kat jalan raya. Jangan suka2 bukak lampu tinggi. Igt ko sorang je ke yang bayar cukai jalan?
Bila dh lama aku main tail-getting dengan dia, aku pun terus potong dia. Dia plak try nk kejar aku. Agaknya dia tensen jugak kot sebab aku buat dia mcm tu. Tapi dia tk pikir plak ape yang dia dh buat td. Hmmm…. nmpk nya cara aku mengajar dia sememang nya silap. Aku plak kena kejar. Tapi tak lama la dia kejar aku. Sebab nmpk mcm dia mls nk bawak laju pagi2 buta. So aku dapat la lepaskan diri dengan mudahnya. Masa nk masuk highway kesas aku perasan dia kat sebelah aku terus memecut laju. Agaknya dia mls kot nk layan aku. Pastu aku tk jumpa lagi dh dia.
Semalam ms aku nk balik ke Banting pun mcm tu gak. Ade lori belakang aku pasang lampu tinggi. Ape la masalah korang ni. Aku pun pelik. Aku dengan rileksnya daripada 80km/j aku bawak ke 40km/j. Saja je slow biar la dia potong. Bukan sbb nk tail-getting dengan lori tu, cuma tak larat nk tahan silau. Sebab kalo aku nk tail-getting dengan lori bahaya tu. Biar la dia kat depan aku. At least tkde la silau mata ni dengan lampu tinggi dia. Tapi dia tk nk potong aku tu. Siot je. Ape masalah lori ni? Ade gak la 2-3 keter yang potong aku dengan lori tu sbb kitorang bawak slow sgt.
Lain kali aku nk letak sign la kat belakang keter aku tu. Tk pun tampal bumper sticker tulis “Jangan Pasang Lampu Tinggi Belakang Aku”.
Anyway, lain kali aku harap aku dapat mengawal diri di jalan raya supaya tidak mudah marah. Malas la aku nk layan orang kurang sivik kat atas jalan raya ni. Tk penah nk pikir pasal orang lain. Pikir pasal diri sendiri je.
Itu belum citer pasal keter besar yang tk suka guna signal kalo nk membelok. Agaknya keter besar2 skang ni tk dilengkapi dengan lampu signal kot. Ape guna beli keter mahal2 tapi tkde lampu signal.

Advertisements

Entry filed under: misc.

Brain Teaser Paypal boleh dikeluarkan lebih mudah

3 Comments Add your own

  • 1. mama aleeya  |  March 31, 2008 at 5:53 am

    hi azril…seronot pulaks baca blog awk ni…sepanjang sy eknal awk kat usm awk bukanlah seorg yg pamarah..tapi skrg dh agak garak ek..heheh..bagusla…tension keje..lagipun hal lampu tinggi ni mmg menyakitkan hati…sy ader gak pengalaman mcm awk..ape sy buat?…sy bg die potong then sy hooooooooonnnnnnnn smbil…..hehehe…kasi die malu smbil potong..hehehe…lagi jahat kan?..;)

    Reply
  • 2. LaiNi  |  April 3, 2008 at 12:07 am

    macam takut lak aku bawak kete.. aku ni baru je amek lesen.. dah la aku silau tahap gila babi.. kang x pasal2 masuk gaung lak.. astagfirullahulazim…

    Reply
  • 3. acidsneaker  |  April 3, 2008 at 12:46 am

    Rileks la Laini. Kalo rasa2 silau waktu malam memandu just alihkn aje cermin pandang belakang tu ke atas. So cahaya dr lampu keter kat belakang tkde la tepat kena pada mata. Kdg2 stengah2 org tk peduli org lain. Suka2 dia je bukak lampu tinggi. Tapi ade jugak tu yg memandu mlm2 tk perasan diorang tk bukak lampu. Pelik btul la pengguna jalan raya kat m’sia ni. Btul ke org2 mcm tu layak dapat lesen?

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


January 2008
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

RSS Harian Metro

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Berita Harian

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

RSS Programming Articles

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

Recent Posts

Blog Stats

  • 5,328 hits

%d bloggers like this: